Sabtu, 26 September 2009

ikan kelah


Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh
Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini. Genus Tor:
Mahseer Sirip Merah( Red-finned Mahseer)( (juga digelarkan "Mahseer Insang Pendek" (Short-gilled) ataupun "Mahseer Badan Menghunjam" (Deep-bodied Mahseer): Tor tor (Hamilton)
Mahseer Emas (Golden Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Sirip Kuning" (Yellow-finned) ataupun "Mahseer Himalaya Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor putitora (Hamilton)
Mahseer Tembaga (Copper Mahseer): Tor mosal (Hamilton)
Jungha: Tor progeneius (McClelland)
Mahseer Decca (Deccan Mahseer}: Tor khudree (Sykes)
Mahseer Belakang Tinggi (High-backed Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Ponok" (Hump-backed) atau "Mahseer Selatan" (Southern Mahseer): Tor mussullah (Sykes)
Mahseer Malaysia (Malaysian Mahseer): (juga digelarkan ikan Kelah atau Kap Anak Air Besar (Greater Brook Carp): Tor tambroides
Kelah Batu (Spesies belum dikenal pasti)
Genus Acrossocheilus:
Mahseer Coklat {Brown Mahseer): Acrossocheilus hexagonolepsis

ikan koi



Ikan Koi merupakan sejenis ikan kap yang banyak dipelihara sebagai ikan hiasan kerana sifatnya yang lemah lembut. Ia hampir menyerupai ikan Emas dan memang dalam famili yang sama dengan ikan Emas.
Jenis Ikan Koi Terdapat banyak sekali jenis ikan koi, tiga antaranya yang sangat terkenal disebut Gosanke. Yang termasuk Gosanke adalah :
1. Kohaku Kohaku merupakan jenis ikan koi yang mempunyai corak
warna merah di atas warna putih.
2. Sanke Sanke adalah jenis ikan koi yang mempunyai corak
warna
merah dan hitam di atas warna putih. Corak hitam tidak terdapat di kepala.
3. Showa Showa adalah jenis ikan koi hitam dengan corak warna merah dan putih.

ikan emas



Ikan Mas (bahasa Inggeris: Goldfish ), Carassius auratus, merupakan salah satu ikan terawal yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak kecil kepada famili ikan kap (yang merangkumi ikan kap koi serta kap krusian), Ikan Mas ialah versi bela jinak kepada ikan kap kelabu tua/perang yang berasal dari Asia Timur (dibela jinak buat pertama kali di China)[1] dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17. Nama saintifiknya Carassius auratus. Mutasi yang melahirkan Ikan Mas juga diketahui daripada spesies-spesies siprinid yang lain, seperti kap biasa dan tench.
Ikan Mas boleh tumbuh sehingga 23 inci (59
sentimeter) panjangnya dan 9.9 paun (4.5 kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak Ikan Mas yang dapat mencapai sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, Ikan Mas boleh hidup selama 20 tahun lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan Ikan Mas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk. [2]

ikan laga


Baka-baka ikan yang dibeli ketika itu terdiri daripada varieti halfmoon, crown tail, short tail, double tail dan fighting fish.Makanannya pula adalah sama ada cacing merah atau jentik-jentik dan kita juga boleh menghasilkan cacing merah sendiri dengan menggunakan kaedah yang dipelajari. “Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga.

ikan toman

Ikan Toman Bunga atau juga dikenali sebagai ikan Jelai, Jaloi, Kuang, Kerandang, merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya Channa marulloides. Ikan Toman Bunga merupakan ikan pemangsa jenis ikan kepala ular. Ikan Toman Bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambutmendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan Haruan Palas dan,ikan Bujuk. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

ikan flowerhorn


Ikan Lou Han (bahasa Inggris: Flowerhorn) diertikan dari bahasa China iaitu Lou Han . Luo han pertama kali muncul di Malaysia sekitar tahun 1996-1997. Ikan ini adalah keturunan dari Amphilophus trimaculatus
Setelah beberapa generasi, bentuk ikan ini berubah daripada induk asalnya. Setelah itu penternak ikan mula-mula mengabungkan ikan tersebut dengan Blood Parrot yang merupakan
hibrid dari C. citrinellum X C. synspilum.Dari hasil kawin silang inilah lahirlah Luo han yang dikenali masa kini.
Pada awalnya, hasil kawin silang tersebut tidak diterima secara luas, tapi setelah dilakukan "penyempurnaan" maka terhasilah bentuk dan corak warna yang disukai. Kemudian ikan tersebut diberi nama "Flowerhorn" atau "Luohan". Proses pemilihan dan kawin silang terus berlangsung sehingga dihasilkan berbagai jenis Luo Han dengan beraneka
warna dan corak

ikan kelisa


Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.
Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.